PEMBUKAAN

AHALAN WASAHLAN, SELAMAT DATANG



Kami mengalu-ngalukan pandangan anda terhadap isi kandungan blog ini. Pandangan dan komen yang baik diucapkan ribuan terima kasih.



Mannarmustafa@yahoo.com

Sunday, March 8, 2009

Ar-Rasul ( Saw ) Utusan Rahmat

Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad (saw) adalah sebagai pembawa rahmat kepada alam. ianya berarti Nabi Muhammad (saw) adalah pemberi naungan keamanan dan kedamaian kepada alam.

Pada hari ini dunia dan alam keseluruhannya berada dalam situasi yang cukup gawat dari segi keamanan dan kedamaian. Nabi (saw) telah tiada, namun ajarannya masih kekal utuh sehingga kehari ini. Jadi kalau kedatangan nabi Muhammad (saw)adalah sebagai pembawa rahmat maka pada hari Nabi Muhammad sudah tiada apakah itu bermakna keamanan dan kedamaian juga sudah tiada. Jawabnya tentu tidak! kerana kedatangan Nabi Muhammad sebagai pembawa rahmat itu bukan batang tubuhnya itu yang membawa rakmat kepada dunia dan alam ini. Tetapi ajarannya itu yang menjadi intipati kepada rahmat itu.

Pada hari ini kita melihat dunia ini bagaikan sudah tiada rahmat lagi. Kezaliman, penindasan dan keganasan berlaku di mana-mana. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka yang berkuasa kini cuba mengekploitasi keadaan yang ada tanpa mempedulikan ajaran yang membawa rahmat kepada alam semesta. Ditambahkan lagi promosi kearah keganasan dan kezaliman terlebar luas untuk menyemarakkan semangat keganasan dan kezaliman diantara umat manusia.

Jadi tidak hairanlah kalau kita melihat diperingkat global suasana keamanan dan kedamaian itu tiada lagi dirasai oleh sebahagaian mereka yang mengalaminya. Ianya berpunca dari ketiadaan rahmat yang menyelubungi alam semesta ini. Disudut yang kecil pula kita juga tidak terlepas dari suasana kacau bilau itu. pembunuhan, pembuangan bayi dan kezaliman pemerintah juga tidak terkecuali dari keadaan ketandusan rahmat melalui ajaran Nabi Muhammad (saw) yang membikin keamanan dan kedamaian semua.

Oleh itu kembalilah kepada ajaran Nabi Muhammad yang penuh dengan rahmat itu, ianya seakan-akan kita mengembalikan semula kegemilangan kepimpinan nabi Muhammad (saw) yang membawa rakamat untuk seluruh umat manusia.

Saturday, February 28, 2009

HUDUD SEPINTAS LALU

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh suhaizan

" Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan.

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud.

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.